huh..
aku serabut..
aku dah jem dengan kerja..
lepastu dengan hati tak tenang nih..
surfing2...
maka berjumpalah aku dengan artikel kat bawah nih..
just to share AND KEEP REMINDING MYSELF.. OVER AND OVER AND OVER AGAIN...

njoy~
sources : blog Hanie El Zahra: SERONOKNYE PUTOS!!




Sebenarnya sedih apabila putus cinta akan bertukar menjadi sesuatu yang menggembirakan apabila anda melihatnya dari sudut positif. Oleh itu, gunakan otak, bukan hati. Ikut hati, mati! Mudah saja, cara-caranya seperti di bawah.

Keputusan yang betul dan tepat

Sebelum memutuskan hubungan, anda haruslah tahu kenapa anda perlu memutuskan hubungan itu. Ingat, kalau anda ingin berumahtangga dengannya, keputusan ini adalah sekali dalam seumur hidup. Salah membuat keputusan bermakna merana sepanjang hayat.

Tak tahu macam mana nak buat keputusan?

Ambil kertas dan senaraikan sebab-sebab kenapa anda perlu mengakhiri perhubungan dan juga sebab-sebab kenapa anda masih perlu meneruskan hubungan. Buat perbandingan di antara kedua-duanya. Kalau senarai sebab-sebab kenapa anda patut meninggalkan si dia lebih panjang, fikir sendirilah apa patut anda buat.
aku: Konfem. Keputusan yang tepat



Percaya pada takdir

Jangan menyesal kalau putus cinta. Tentu ada sebabnya Tuhan mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang benar-benar ditakdirkan untuk kita. Macam yang selalu orang kata, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Kita mungkin tak sedar, tapi Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Anggap saja ia satu pengalaman berharga yang menambahkan lagi warna-warna dalam kehidupan. Bukan semua orang dapat pengalaman macam ni, tahu?
aku: Percaye.. tak menyesal.. tuhan maseyh sayang aku



Anda berhak mendapat yang lebih baik

Pujuk diri dengan menganggap anda terlalu istimewa dan dia sememangnya tidak layak memiliki anda. Mahukah anda hidup dengan seseorang yang tidak menghargai anda, sentiasa mengkritik hadiah pemberian anda, kedekut, tidak boleh menerima keadaan anda dan macam-macam lagilah. Nak? Kalau nak juga tak apalah. Tapi kalau tak sanggup, lebih baik letakkan noktah di situ. Sememangnya dia tak layak memiliki anda. Apa yang perlu anda lakukan; bersabar dan tunggu kemunculan si dia yang lebih layak untuk anda.
aku: Tambah rencah sket..
Mahukah anda hidup dengan seseorang yang PENIPU! TAK JUJO! PENYANGAK! JACKASS! MASTED! JERK GILA! BANGANG! SUKA MAEN POMPUAN! TAK CUKUP DENGAN SATU! SELFISH GILA! PERASAN BAGOS!
ai hev tu stop now.. aku da saket dada..



Cintai diri sendiri

Sebelum menyintai orang lain, sayangi diri sendiri dulu. Macam mana nak sayangi diri sendiri? Senang saja, dekatkan diri dengan Tuhan. Kalau anda sayangkan diri anda, tentu anda nak masuk syurga, kan? Kalau macam tu, faham-faham sajalah. Anda sendiri tahu apa perlu anda buat, daripada pergi berdating dan berpegangan tangan. Maksiat pun tak buat, dosa pun kurang. Ehehehehehehehe…
aku: baek..



Buat duit

Putus cinta pun boleh buat duit? Kenapa, tak percaya? Betul, memang boleh. Kalau kisah cinta anda pelik dan lain dari yang lain, lagilah bagus. Yang penting, anda haruslah kreatif. Bakat menulis yang ada mungkin merupakan satu bonus untuk anda. Anda boleh mula menulis novel atau skrip berdasarkan kisah cinta anda yang unik itu.
aku: hahah... ini.. aku boleh buat buku.. buku
"THE DARNDEST THINGS A GIRL CAN SAY ABOUT HER JACKASS EX".
Korang tunggu lah kemunculannye..





Jadi, anda tak perlulah bersedih lagi. Menjadi solo kembali bukan bermakna satu hukuman, tetapi kenikmatan dan kegembiraan. Berhenti memburu cinta, tetapi jadilah seorang hamba yang dicintai.


Thanks girl.. I needed a dose of that..